Rumahku Syurgaku Real Estate Zone

Rumahku Syurgaku Real Estate Zone | Perunding Hartanah Berdaftar
Rumah Mewah Malaysia
Perunding Hartanah Berdaftar (PEA4595)

Rakan Strategik Hartanah Anda: Solusi Lengkap Dari Semakan Nilai Hingga Penyerahan Kunci.

Adakah anda sedang merancang untuk menjual rumah, mencari hartanah pelaburan, atau mencari penyewa yang berkualiti? Jangan biarkan proses yang rumit membebankan anda.

Tuan Zulkifli Hj Ali

Tuan Zulkifli Hj Ali

PEA4595 | PHM1192

Kenali Saya

Urusan Hartanah Anda, Keutamaan Saya dari A hingga Z

Saya adalah Perunding Hartanah Berdaftar (PEA4595) dan juga Ahli Pertubuhan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) yang sedia memberikan khidmat nasihat profesional, telus, dan memudahkan setiap urusan hartanah anda.

Sama ada anda pertama kali membeli rumah, seorang pelabur yang ingin mengembangkan portfolio, atau pemilik yang ingin menjual aset, saya sedia membantu. Biar saya uruskan segala kerumitan proses dokumentasi, penilaian, dan pinjaman supaya anda boleh tenang.

Khidmat Nasihat Telus

Tiada kos tersembunyi. Segala urusan dijalankan dengan integriti tinggi.

Pengurusan Menyeluruh

Dari pencarian prospek hingga ke penyerahan kunci (A to Z).

Kepakaran Saya

Apa Yang Saya Boleh Bantu Anda?

Berikut adalah kepakaran dan servis yang saya tawarkan untuk memastikan kepentingan dan pelaburan anda dilindungi sepenuhnya.

1. Urusan Jual, Beli & Sewa Hartanah

Sama ada anda ingin melepaskan aset atau menambah portfolio, saya menguruskan pelbagai jenis hartanah (Residential, Land, Commercial & Industrial):

  • Kediaman: Rumah banglo, teres, apartment, kondominium & flat.
  • Tanah: Tanah pertanian, industri, dan lot banglo.
  • Komersial/Industri: Kilang, pejabat, dan rumah kedai.

2. Semakan Nilai Pasaran (Market Value)

Jangan jual terlalu murah atau beli terlalu mahal!

Apa saya buat: Bekerjasama rapat dengan Panel Penilai bertauliah & Bank.

Manfaat: Harga jualan/belian yang kompetitif dan tepat mengikut pasaran semasa.

3. Urusan Guaman Hartanah (SPA)

Dokumentasi perundangan adalah tulang belakang setiap transaksi.

Penerangan: Menghubungkan anda dengan peguam hartanah berpengalaman.

Manfaat: Memastikan terma kontrak melindungi hak anda tanpa kekeliruan.

4. Kelayakan Pinjaman & Permohonan

Saya bantu anda "tapis" kelayakan sebelum memulakan langkah.

Kelayakan: Semakan nisbah hutang (DSR) & rekod kredit (CCRIS/CTOS).

Permohonan: Menguruskan permohonan ke pelbagai bank untuk interest rate terbaik.

5. Jualan Projek-Projek Pemaju

Ingin memiliki rumah baru dengan modal minima?

Penerangan: Dilantik rasmi memasarkan projek terbaru.

Manfaat: Nikmati rebat tunai, diskaun Bumiputera, dan pengecualian yuran guaman.

Nilai Tambah Kami

Kenapa Perlu Pilih Saya?

Berdaftar & Profesional

Patuh kepada etika perunding hartanah berlesen (PEA4595) dan juga berbangga sebagai Ahli Pertubuhan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM). Kepentingan anda dikendalikan mengikut lunas undang-undang.

Pemasaran Agresif

Menggunakan platform digital terkini. Iklan hartanah anda akan dipaparkan secara meluas di portal hartanah premium terkemuka dan dioptimumkan melalui kempen media sosial.

One-Stop Centre

Dari mendapatkan khidmat peguam yang cekap hingga ke pihak bank (banker) untuk urusan pinjaman, semuanya tersedia di bawah satu rangkaian saya. Kepuasan dan keberkatan transaksi anda adalah keutamaan saya.

Hubungi Saya Sekarang

Jangan tunggu lagi! Jom bincangkan matlamat hartanah anda hari ini. Langkah pertama anda bermula di sini dan Konsultasi Awal adalah PERCUMA.

WhatsApp: 012-7735334

Rumahku Syurgaku

Real Estate Zone

© Rumahku Syurgaku Real Estate Zone. Hak cipta terpelihara.